Thursday, December 29, 2011

Resepi Biskut Cheese Cadbury



Bahan A
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese

Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung

Bahan C
1 botol coklat Cadbury

Cara membuatnya :
  1. Pukul Bahan A hingga sebati selama 4 minit
  2. Masukkan Bahan B. Gaul rata
  3. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk
  4. Potong mengikut saiz coklat Cadbury dan susun coklat di atasnya
  5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 140 celcius. Guna api bawah sahaja

Instruction bergambar


Bahan A
Pukul Bahan A hingga sebati selama 4 minit
Masukkan telur dan gaul rata
Masukkan tepung jagung
Masukkan tepung gandum
Chill for 15 minutes
Terap ikut size cadbury

letakkan coklat cadbury atasnya
Bakar sampai masak.. I guna api kuat sbb malas nak tunggu lama2.. coklat so far tak cair..
da siap.. bleh di makan





    7 comments :

    1. kita bakar kat dalam oven coklat tu tak cair ke kak?

      ReplyDelete
    2. sy dh test, coklatnya tak cair kalau bakar kt rak oven paling bawah..

      ReplyDelete
    3. tp sy tak guna suhu 40C, sy guna 150-160C@20 minit

      ReplyDelete
    4. kalau tak guna shortening tu boleh tak.. boleh ganti dgn benda lain ke

      ReplyDelete
    5. Sy nk try buat arini..thanx for the recipe..

      ReplyDelete
    6. satu adunan dpt bpa biji biskut ni?

      ReplyDelete